Title : Di Hujung Muncung Mesingan Author : Fahmi Faiz Description : Sebuah pengembaraan. Satu perjalanan. Seribu pengalaman. Demi menyingkap tabir kehidupan golongan Bangsamoro di Filipina, Fahmi Faiz merangka misi barunya untuk melihat sendiri kehidupan golongan Muslim itu yang menjadi minoriti di Filipina. Tekadnya adalah untuk membantu mereka dengan apa yang termampu selepas mendengar kedaifan kehidupan mereka di sana. Namun, bukan mudah. Mindanao merupakan antara kawasan paling berbahaya didunia. Terkenal dengan aktiviti penculikan warga asing, tembak-menembak, pengeboman dan penyembelihan tahanan. Namun disebalik semua stigma ngeri itu, Fahmi teruskan juga misinya atas dasar semangat kemanusian dunia sejagat.
Title : Gagal Tapi Sukses Author : Mohd Rafi Jalaludin Description : Gagal dalam pelajaran bukan bermakna anda gagal dalam kehidupan. Tanpa kelulusan yang tinggi pun anda tetap berpeluang menjadi ilmuwan, jutawan hatta hartawan sekali pun. Pokok pangkalnya semua bermula daripada diri sendiri. Tokoh-tokoh besar seperti Bill Gates, Thomas Edison dan Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah contoh mereka yang berjaya tanpa segulung sijil. Malah, mereka mampu membuatkan pelajar-pelajar Gred A bekerja dengan mereka yang mempunyai kelulusan Gred C. Apa formula mereka? Rahsianya ada di dalam buku ini. Apa yang perlu anda lakukan; tenang, baca dan praktikkan. Buku ini akan mengubah 360 darjah cara anda berfikir. Realitinya, gagal adalah perkara yang biasa dalam hidup orang berjaya.
Title : Be Motivated Forever Author : Dr Lawrence Walter Ng & Omar Stirling Description : How to stay Motivated, Happy & Passionate every single day of your life. It’s possible! Have you had days where you just didn’t feel like waking up, your day went by in slow motion or you just ‘exist’ through the day without a purpose? BMF is a practical book that will clearly show you how to maintain your energy, passion & motivation. Discover your power to be in control of your life , your success & your future. Trigger your motivation throughout while reading the book.
Title : Rasulullah Is My Doctor Author : Jerry D. Gray Description : Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya." Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden. Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.
Title : Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu? Author : Syed Alwi Alatas Description : Masih ramai yang bersikap acuh tak acuh berkenaan solat, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia adalah warisan agung. Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya? Kini kita boleh lihat betapa ramai manusia tidak bersolat. Ada yang pandai berbicara tentang hal-hal berkenaan agama, tapi tidak bersolat. Ada yang telefon pintarnya melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Ada Muslimah yang pakai tudung, tapi tidak bersolat.