PUSAT SUMBER ILMU MRSM TUN GHAFAR BABA
**************************************************************
PERATURAN AM
- Setiap warga MRSM TGB adalah ahli PSI.
- Pelajar WAJIB mempamerkan KAD MATRIK semasa masuk dan sentiasa memakainya sepanjang berada di dalam PSI.
- Penggunaan Kad Matrik Pelajar lain adalah kesalahan besar di PSI yang boleh menyebabkan kedua-duanya dilarang untuk memasuki PSI.
- Pelajar perlu berpakaian seragam Maktab. Pemakaian seluar Track Suit adalah DILARANG di dalam PSI.
- Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk DUA buah buku sendiri beserta alatulis sahaja. Barangan lain perlulah disimpan di rak yang disediakan di luar PSI.
- Pelajar diminta untuk mendaftar dan menyerahkan Kad Matrik di Kaunter sebelum menggunakan Komputer di Open Lab.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik APD dan Makmal Bitara tanpa kehadiran guru.
- Dilarang memakai kasut di dalam PSI. Pengguna PSI diminta untuk menyusun kasut di rak yang disediakan di luar PSI.
- Pengguna PSI dibenarkan menonton TV/ASTRO di hadapan Kaunter.
- Pengguna diminta untuk mendaftar di Kaunter sebelum menggunakan Bilik Rujukan. Tidak dibenarkan membawa buku ke dalam bilik rujukan.
- Pengguna PSI akan diperiksa oleh petugas PSI ketika masuk dan keluar.
- Bahan bacaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di troli yang telah disediakan.
- Dilarang mengoyak, menconteng, menyalahguna dan mencuri harta maktab.
- Tidak dibenarkan mengambil terlalu banyak bahan bacaan dalam satu masa.
- Tidak dibenarkan mengubah kedudukan harta di dalam PSI atau mengubah tempat asal bahan bacaaan.
- Suratkhabar hendaklah dibaca di ruang yang telah ditetapkan iaitu di sofa yang disediakan.
- Dilarang makan, minum, baring dan tidur didalam PSI.
- Sentiasa berkelakuan sopan dan berbudi bahasa.