BINDING
Binding biasa bersalut Pelekat Binding Caj dikenakan adalah seperti berikut:
  • Pelekat nipis - RM0.50
  • Pelekat Tebal - RM1.00
  • Pelapik Plastik Kulit Luar & belakang - RM1.00
Perkidmatan ‘binding' juga disediakan ‘simple binding' yang tidak dikenakan bayaran. Bagi ‘spiral binding', bayaran dikenakan berdasarkan ketebalan kertas dan saiz ukuran plastic ‘spiral' .
 
  PROJEK PELAJAR
  • Koleksi projek pelajar juga terdapat di PSP dan diletakkan di rak khas di Bahagian Rujukan. Bahan dari koleksi ini hanya untuk rujukan dalaman sahaja.
  PINJAMAN PERALATAN AVA
PSP mempunyai stok hardware yang terhad. Ini bukan bermakna alatan hardware tidak dapat dikeluarkan tetapi bergantung kepada:
  1. Projek yang hendak dilaksanakan
  2. Peminjam
  3. Kebenaran pihak atasan pentadbiran

   PERATURAN

  1. Isi borang permohonan dan juruteknik akan memasang peralatan yang dikehendaki pada tarikh, hari, tempat dan masa yang dikehendaki sekiranya program berlangsung di dalam maktab.
  2. Sekiranya alatan ingin di bawa keluar maktab, alatan akan diserahkan kepada peminjam. Selesai penggunaan, peminjam dikehendakimemulangkan peralatan tersebut dan memaklumkan kepada juruteknik sekiranya terdapat sebarang kerosakan yang berlaku dan menandatangani borang pinjaman di ruangan tandatangan pemulang.
  3. Sekira berlaku kehilangan peralatan semasa di tangan peminjam, peminjam dikehendaki mengganti peralatan tersebut.
  PINJAMAN BAHAN 'SOFTWARE'
  • Pengguna boleh meminjam bahan ‘soffware' seperti kaset, CD, VCD & DVD dari PSP dengan mengisi borang pinjaman.Tempoh pinjaman adalah untuk tempoh seminggu. Sekiranya bahan hilang semasa di tangan peminjam dikehendaki mengganti bahan tersebut dengan tajuk yang sama.