Komputer dalam bilik IMAC mempunyai 26 buah , Ruangan PSP23 buah dan di dalam kaunter PSP 2 buah yang dilengkapi dengan kemudahan INTERNET. Pengguna (Pelajar) boleh menggunakan komputer dengan membuat tempahan di kaunter. Peraturan adalah seperti berikut:
  -  Serah kad matrik pengguna di kaunter dan staf PSP akan menulis nama di dalam buku tempahan.
-  Pengguna akan diberi kad komputer mengikut nombor tertentu. Pengguna mesti menggunakan komputer yang tertera nombor yang sama dengan kad.
-  Pengguna juga mesti merekod nama di buku log yang diletakkan di dalam meja komputer.
-  Selesai penggunaan, pengguna dikehendaki menyusun kerusi dengan kemas dan kad komputer hendaklah diserahkan semula ke kaunter. Staf PSP akan memulangkan semula kad matrik pelajar.
-  Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kad matrik orang lain.
   | MESIN CETAKAN (PRINTER) DAN MESIN PENGIMBAS (SCANNER) | 
  
  -  Mesin mencetak (printer) dan mesin pengimbas juga disediakan di PSP.Pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran tetapi dikehendaki membawa kertas sendiri.
   | BILIK ANJUNG BITARA (MAKMAL KOMPUTER) | 
  
  -  Bilik Anjung Bitara (Makmal Komputer) yang terdapat di PSP mengandungi 26 buah komputer untuk pelajar. Penggunaan bilik ini hanya untuk kelas sahaja.
   | PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK ANJUNG BITARA (MAKMAL KOMPUTER) | 
  
  -  Tempahan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat melalui Penolong Pegawai Sistem Maklumat atas dasar (‘first come first serve).
-  Tempahan akan direkodkan dalam buku tempahan.
-  Guru mesti ada bersama pelajar jika menggunakan bilik ini.
 -  Bilik sanggar merupakan satu bilik kerja guru.Di dalam bilik ini terdapat 4 buah komputer untuk guru membuat kerja-kerja mereka.Bilik ini boleh digunakan di luar waktu pejabat dengan mengambil kunci di pondok pengawal.Pengguna dikehendaki merekod pengambilan dan pemulangan kunci di buku rekod keluar masuk kunci.