KEAHLIAN PSP
  • Keahlian PSP terdiri dari pelajar, guru, staff pentadbiran dan ahli keluarga staf MRSM Taiping. Yuran keahlian tidak dikenakan.
    PANDUAN PENDAFTARAN PSP
Berikut adalah panduan pendaftaran bagi menjadi ahli PSP:
  1. Pelajar yang baru mendaftar dikehendaki menyediakan 1 keping gambar bersaiz kad pengenalan.
  2. Pelajar akan diberi satu barkod untuk dilekatkan di kad pelaja
  3. Isi dengan lengkap butiran yang dikehendaki pada kad pendaftaran dankad peminjam.
  4. Serahkan semula kad-kad kepada staf PSP yang bertugas untuk pemprosesan.
  5. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dikemukakan kepada pegawai dan staf PSP.

Pendaftaran ahli hendaklah dibuat dalam tempoh satu bulan selepas pendaftaran.

   PERATURAN/TATATERTIB PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN
Bagi memastikan ketenteraman dan keselesaan pengguna yang mengunjungi PSP MRSM Taiping, setiap pengguna adalah tertakluk kepada peraturan seperti berikut:
  1. Berpakaian kemas, bersih serta tidak menjolok mata ketika berada di dalam PSP. Pelajar adalah mengikut kod etika berpakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab.
  2. Mesti membenarkan staf memeriksa bahan-bahan ketika masuk/keluar dari PSP.
  3. Hanya nota berbentuk kertas atau kertas kosong dan peralatan alat tulis sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam PSP.
  4. Tidak dibenarkan bercakap atau berbincang dengan kuat sehingga mengganggu pengguna lain.
  5. Beg/fail yang di bawa hendaklah disimpan di tempat letak beg.
  6. Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, meludah dan tidur di dalam PSP.
  7. Dilarang merosakkan peralatan atau mengoyak bahan bacaan. Peralatan/bahan yang dirosakkan hendaklah dibayar ganti rugi.
  8. Dilarang menempah (reserve) atau mengubah susun atur perabot atau menyalah gunakan alatan yang disediakan.
  9. Tiket peminjam tidak boleh dipindah milik.
  10. Bahan bacaan hendaklah diletakkan kembali ke atas troli selepas digunakan.
  11. Tidak dibenarkan memindahkan bahan bacaan dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
  12. Bahan yang dipinjam tidak boleh di bawa masuk semula ke dalam PSP kecuali dengan kebenaran.
  13. Staf PSP berhak meminta pengguna yang melanggar peraturan keluar dari PSP.
  14. Pihak PSP tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan barang-barang pengguna.
  15. Semasa hendak meninggalkan PSP, pengguna hendaklah menunjukkan bahan-bahan yang di bawa kepada staf yang bertugas di kuanter.
  16. Peraturan PSP tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  17. Tidak dibenarkan membuat Kelas, Perjumpaan Kelab dan Homeroom di dalam PSP.
        DENDA
 
DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU
 
Denda dikenakan kepada peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan.    
Jumlah denda adalah seperti berikut:
  1. Hari Pertama sehinggga hari ketujuh 50 sen untuk setiap hari.
  2. Selepas dari tujuh hari, denda RM1.00 sehari dikenakan.
    DENDA HILANG BUKU
Peminjam yang menghilangkan buku yang dipinjam dikehendaki melaporkan kepada pihak PSP dan mengisi borang Laporan Buku Hilang. Denda yang dikenakan adalah seperti berikut:
  1. Mengganti buku yang hilang dengan buku baru (Tajuk mesti sama) atau membayar harga buku dengan bayaran dua kali ganda dari harga asal.
    BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA MASUK KE DALAM PSP
  1. Beg
  2. Fail
  3. Buku-Buku Persendirian dan Nota Berjilid
  4. Jaket
  5. Topi Keledar
  6. Gunting dan Pisau
  7. Surat Khabar dan Majalah Persendirian
  8. Kaset, Cakera Padat dan Video Kamera
  9. Kamera
  10. Payung
  11. Walkman
  12. Telefon Bimbit
  13. Makanan dan Minuman
Peraturan-peraturan ini tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa.