KEAHLIAN PSP |
- Keahlian PSP terdiri dari pelajar, guru, staff pentadbiran dan ahli keluarga staf MRSM Taiping. Yuran keahlian tidak dikenakan.
PANDUAN PENDAFTARAN PSP |
Berikut adalah panduan pendaftaran bagi menjadi ahli PSP:
- Pelajar yang baru mendaftar dikehendaki menyediakan 1 keping gambar bersaiz kad pengenalan.
- Pelajar akan diberi satu barkod untuk dilekatkan di kad pelaja
- Isi dengan lengkap butiran yang dikehendaki pada kad pendaftaran dankad peminjam.
- Serahkan semula kad-kad kepada staf PSP yang bertugas untuk pemprosesan.
- Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dikemukakan kepada pegawai dan staf PSP.
Pendaftaran ahli hendaklah dibuat dalam tempoh satu bulan selepas pendaftaran.
PERATURAN/TATATERTIB PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN |
Bagi memastikan ketenteraman dan keselesaan pengguna yang mengunjungi PSP MRSM Taiping, setiap pengguna adalah tertakluk kepada peraturan seperti berikut:
- Berpakaian kemas, bersih serta tidak menjolok mata ketika berada di dalam PSP. Pelajar adalah mengikut kod etika berpakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab.
- Mesti membenarkan staf memeriksa bahan-bahan ketika masuk/keluar dari PSP.
- Hanya nota berbentuk kertas atau kertas kosong dan peralatan alat tulis sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam PSP.
- Tidak dibenarkan bercakap atau berbincang dengan kuat sehingga mengganggu pengguna lain.
- Beg/fail yang di bawa hendaklah disimpan di tempat letak beg.
- Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, meludah dan tidur di dalam PSP.
- Dilarang merosakkan peralatan atau mengoyak bahan bacaan. Peralatan/bahan yang dirosakkan hendaklah dibayar ganti rugi.
- Dilarang menempah (reserve) atau mengubah susun atur perabot atau menyalah gunakan alatan yang disediakan.
- Tiket peminjam tidak boleh dipindah milik.
- Bahan bacaan hendaklah diletakkan kembali ke atas troli selepas digunakan.
- Tidak dibenarkan memindahkan bahan bacaan dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
- Bahan yang dipinjam tidak boleh di bawa masuk semula ke dalam PSP kecuali dengan kebenaran.
- Staf PSP berhak meminta pengguna yang melanggar peraturan keluar dari PSP.
- Pihak PSP tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan barang-barang pengguna.
- Semasa hendak meninggalkan PSP, pengguna hendaklah menunjukkan bahan-bahan yang di bawa kepada staf yang bertugas di kuanter.
- Peraturan PSP tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
- Tidak dibenarkan membuat Kelas, Perjumpaan Kelab dan Homeroom di dalam PSP.
DENDA |
DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU
Denda dikenakan kepada peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan.
Jumlah denda adalah seperti berikut:
- Hari Pertama sehinggga hari ketujuh 50 sen untuk setiap hari.
- Selepas dari tujuh hari, denda RM1.00 sehari dikenakan.
DENDA HILANG BUKU |
Peminjam yang menghilangkan buku yang dipinjam dikehendaki melaporkan kepada pihak PSP dan mengisi borang Laporan Buku Hilang. Denda yang dikenakan adalah seperti berikut:
- Mengganti buku yang hilang dengan buku baru (Tajuk mesti sama) atau membayar harga buku dengan bayaran dua kali ganda dari harga asal.
BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA MASUK KE DALAM PSP |
- Beg
- Fail
- Buku-Buku Persendirian dan Nota Berjilid
- Jaket
- Topi Keledar
- Gunting dan Pisau
- Surat Khabar dan Majalah Persendirian
- Kaset, Cakera Padat dan Video Kamera
- Kamera
- Payung
- Walkman
- Telefon Bimbit
- Makanan dan Minuman
Peraturan-peraturan ini tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa.