KEAHLIAN
- Keahlian adalah percuma dan tempoh sah adalah selama tiga (3) semester (satu tahun enam bulan) dari tarikh mendaftar.
- Terbuka kepada semua pelajar, pensyarah dan kakitangan IKM Alor Setar Kedah.
- Untuk pendaftaran, anda dikehendaki menyediakan dua (2) keping gambar dan melengkapkan Borang Ahli serta Kad Pinjaman.
- Setelah menjadi ahli, pengguna adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan IKM Alor Setar.
TATACARA PINJAMAN
- Peminjam menyerahkan buku yang hendak di pinjam kepada pegawai perpustakaan.
- Pegawai perpustakaan menyemak kad pinjaman dan akan merekod buku yang hendak dipinjam.
- Pegawai Perpustakaan akan menulis tarikh pemulangan buku di dalam buku tersebut.
- Buku diserahkan kepada peminjam.
TATACARA PEMULANGAN
- PEMULANGAN BUKU MENGIKUT TARIKH YANG DITETAPKAN
- Peminjam memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Pegawai perpustakaan menyemak kad pinjaman, tarikh pemulangan dan memastikan buku dalam keadaan baik.
- Pegawai perpustakaan merekod tarikh pemulangan buku.
- Kad pinjaman di simpan ditempat yang disediakan.
- PEMULANGAN BUKU LEWAT TARIKH YANG DITETAPKAN
- Surat Peringatan akan dikeluarkan jika buku lewat dipulangkan melebihi tempoh pinjaman ditetapkan.
- Peminjam diberi masa selama 7 hari untuk memulangkan buku yang dipinjam.
- Sekiranya buku tidak dipulangkan dalam tempoh tersebut denda akan dikenakan kepada peminjam mengikut bilangan hari kelewatan buku dipulangkan.
- BUKU HILANG ATAU ROSAK
- Peminjam bertanggungjawab membayar atau menggantikan buku yang hilang atau rosak.
- Buku yang hilang atau rosak mestilah dibuat bayaran mengikut harga pasaran.