- Semua pertanyaan, cadangan, aduan dan keperluan maklumat akan diberikan maklum balas dalam tempoh tidak melebihi 24 jam.
- Menjalankan sekurang-kurangnya satu soal selidik setiap tahun bagi penambahbaikan perkhidmatan.
- Melayani permohonan lawatan berpandu sekurang-kurangnya sekali untuk sebuah institusi.
- Semua inventori dan aset perpustakaan direkod dan diselenggara dengan baik.
- Proses pinjaman dan pemulangan buku serta tempahan kemudahan diselesaikan dalam masa tidak melebihi lima minit.
- Semua buku baru selesai diproses dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja selepas penerimaan.
- Maklumat di portal perpustakaan adalah terkini.