- Memastikan perpustakaan dibuka pada masa yang telah ditetapkan.
- Berusaha menambahkan kuantiti bahan bacaan yang berkualiti dan mengemaskini bahan-bahan bacaan dari semasa ke semasa.
- Menguruskan pinjaman dan pemulangan bahan bacaan kepada pengguna perpustakaan dalam tempoh 5 minit.
- Memastikan perpustakaan menyediakan ruang pembacaan yang selesa dan tersusun kemas.
- Penyusunan bahan-bahan bacaan di rak dengan teratur dan mengikut pengkelasan.
- Segala peraturan perlu dipatuhi dan jika bahan bacaan hilang,koyak dan lewat dipulangkan pengguna perpustakaan yang berkenaan akan dipertanggungjawabkan.
- Memberi layanan yang baik dan efisyen kepada setiap pengguna.