Kaedah pemulangan di Perpustakaan KKTM Lenggong juga meliputi proses Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Langkah-langkah pemulangan buku ialah:
 
 Langkah 1
  Pelajar akan memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan.
  Langkah 2
  Menyemak tarikh pemulangan mengikut masa yang ditetapkan dan memastikan buku dalam keadaan baik.
  Langkah 3
  Menandatangani dan merekodkan tarikh pemulangan bagi mengesahkan pemulangan buku tersebut.
  Langkah 4
  Menyimpan semula buku pinjaman di rak.
  Langkah 5
  Mengeluarkan surat peringatan jika buku lewat diserah melebihi tempoh ditetapkan.
  Langkah 6
  Mengenakan denda kepada peminjam yang lewat memulangkan buku.
  Langkah 7
  Mengeluarkan surat peringatan jika buku rosak semasa pemulangan buku.
  Langkah 8
  Sekiranya terdapat kerosakan pada buku yang telah dipinjam, Pustakawan bertanggungjawab mengenakan denda kepada peminjam buku tersebut.