- Pengguna hendaklah memakai Kad Matrik / Kad Staf KKTM semasa berada di dalam perpustakaan. Kehilangan kad perpustakaan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pustakawan / kaunter perpustakaan. Kegagalan melaporkan kehilangan kad akan menyebabkan pengguna dipertanggungjawabkan ke atas pinjaman bahan yang dilakukan oleh pengguna lain.
- Pengguna hendaklah mematuhi peraturan menghormati privasi di perpustakaan.
- Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa berada di perpustakaan. Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang tidak berpakaian kemas dan sopan supaya meninggalkan perpustakaan.
- Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan.
- Pengguna dilarang membawa masuk beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut boleh disimpan dalam loker berkunci di pintu masuk perpustakaan.
- Pengguna dinasihatkan mengaktifkan "silent mode" telefon bimbit di dalam perpustakaan.
- Pengguna dilarang mengalih perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya.
-
Pengguna dilarang mengotor, mengoyak atau merosakkan bahan perpustakaan.
-
Pengguna dilarang membawa bahan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa dipinjam secara sah sama ada di Kaunter Perkhidmatan.
-
Pengguna dilarang menayangkan bahan audio-visual milik sendiri di Bilik Penyelidikan / Tayangan tanpa kebenaran Staf Perpustakaan yang bertugas.
-
Pengguna dilarang merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan.
-
Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.
-
Pengguna dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan.
-
Pengguna yang membuat salinan fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta 1987 (Akta 332).
-
Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang kelakuan atau tindakannya boleh ditafsirkan sebagai mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan supaya meninggalkan perpustakaan.
-
Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang hendak dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan.
-
Pengguna yang akan bercuti belajar atau bercuti hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.
-
Pengguna yang menangguhkan, menarik diri, berhenti atau telah menamatkan pengajian di universiti hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.
-
Pengguna yang gagal mematuhi peraturan, akan menghadapi tindakan berikut:
- Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.