Kaedah pinjaman di Perpustakaan KKTM Lenggong meliputi beberapa tahap "Standard Operating Procedure (SOP)" yang telah ditetapkan. Langkah-langkah pinjaman ialah:

 

Langkah 1
Peminjam akan mnyerahkan Kad Keahlian Peminjam Buku/Kad Keahlian beserta buku yang hendak dipinjam kepada Pustakawan.
 
Langkah 2
Pustakawan akan menyemak pengesahan Kad Keahlian Peminjam sama ada kad tersebut kepunyaan peminjam tersebut atau tidak seterusnya memastikan buku dalam keadaan baik.
 
Langkah 3
Memastikan pemilikan kad adalah sah di mana Kad Keahlian pelajar yang bukan milik peminjam buku tersebut, maka pinjaman buku tidak boleh dilakukan.
 
Langkah 4
Pustakawan akan memastikan peminjam telah memulangkan buku-buku yang dipinjam.
 
Langkah 5
Seterusnya, Pustakawan akan mengisi maklumat pada Kad Keahlian yang disediakan.
 
Langkah 6
Pustakawan akan memastikan Kad Keahlian beserta Kad Buku diletakkan di tempat disediakan.
 
Langkah 7
Selepas semua langkah tersebut selesai dan tidak mempunyai sebarang masalah, maka Pustakawan akan menyerahkan buku kepada peminjam.