Komputer dalam bilik IMAC mempunyai 26 buah , Ruangan PSP23 buah dan di dalam kaunter PSP 2 buah yang dilengkapi dengan kemudahan INTERNET. Pengguna (Pelajar) boleh menggunakan komputer dengan membuat tempahan di kaunter. Peraturan adalah seperti berikut:
- Serah kad matrik pengguna di kaunter dan staf PSP akan menulis nama di dalam buku tempahan.
- Pengguna akan diberi kad komputer mengikut nombor tertentu. Pengguna mesti menggunakan komputer yang tertera nombor yang sama dengan kad.
- Pengguna juga mesti merekod nama di buku log yang diletakkan di dalam meja komputer.
- Selesai penggunaan, pengguna dikehendaki menyusun kerusi dengan kemas dan kad komputer hendaklah diserahkan semula ke kaunter. Staf PSP akan memulangkan semula kad matrik pelajar.
- Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kad matrik orang lain.
MESIN CETAKAN (PRINTER) DAN MESIN PENGIMBAS (SCANNER) |
- Mesin mencetak (printer) dan mesin pengimbas juga disediakan di PSP.Pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran tetapi dikehendaki membawa kertas sendiri.
BILIK ANJUNG BITARA (MAKMAL KOMPUTER) |
- Bilik Anjung Bitara (Makmal Komputer) yang terdapat di PSP mengandungi 26 buah komputer untuk pelajar. Penggunaan bilik ini hanya untuk kelas sahaja.
PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK ANJUNG BITARA (MAKMAL KOMPUTER) |
- Tempahan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat melalui Penolong Pegawai Sistem Maklumat atas dasar (‘first come first serve).
- Tempahan akan direkodkan dalam buku tempahan.
- Guru mesti ada bersama pelajar jika menggunakan bilik ini.
- Bilik sanggar merupakan satu bilik kerja guru.Di dalam bilik ini terdapat 4 buah komputer untuk guru membuat kerja-kerja mereka.Bilik ini boleh digunakan di luar waktu pejabat dengan mengambil kunci di pondok pengawal.Pengguna dikehendaki merekod pengambilan dan pemulangan kunci di buku rekod keluar masuk kunci.