PERATURAN AM PSP
- Pelajar dilarang membawa masuk makanan / minuman ke dalam PSP.
- Kasut hendaklah diletakkan di atas rak yang disediakan.
- Beg tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam PSP. Letakkan beg anda di tempat yang disediakan.
- Pelajar dilarang membuat bising di dalam PSP.
- Pelajar yang membuat bising dan mengganggu ketenteraman pelajar lain akan diarahkan keluar dari PSP.
- Tidak dibenarkan tidur di dalam PSP.
- Letakkan buku di tempat asal ataupun di atas troli setelah digunakan. Jangan biar bersepah di atas meja.
- Isyarat akan dibunyikan 10 minit sebelum PSP ditutup dan pelajar dikehendaki meninggalkan PSP apabila mendengar isyarat tersebut.
- Sentiasa mempamerkan kad matrik di dalam PSP
PERATURAN PINJAMAN
- Tunjukkan kad matrik semasa membuat pinjaman buku.
- Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kad matrik pelajar lain untuk urusan pinjaman buku.
a) MEMPERBAHARUI PINJAMAN
- Pelajar boleh memperbaharui tarikh pinjaman buku kecuali ianya ditempah pelajar lain.
b) TEMPAHAN
- Bahan bacaan di PSP boleh ditempah .Urusan penempahan boleh dibuat di kaunter PSP.
c) KEHILANGAN / KEROSAKAN
- Laporkan kepada staf PSP dengan segera
- Pelajar perlu gantikan buku yang hilang / rosak itu.