SYARAT KEAHLIAN PUSAT SUMBER IKMSP
- Keahlian terbuka kepada semua Pelajar dan Staf Institut Kemahiran MARA Sungai Petani Kedah.
- Setiap permohonan mesti disertai dengan 2 keping gambar berukuran pasport yang tertulis di belakangnya nama dan nombor kad pengenalan.
- Mengisi Borang Permohonan Menjadi Ahli Pusat Sumber.
- Seseorang ahli akan diberi sekeping kad pinjaman / keahlian pusat sumber.
- Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.
- Kad keahlian ini hendaklah ditunjukkan semasa berurusan dengan kaunter sirkulasi.
- Bayaran RM5.00 berserta sekeping gambar bersaiz pasport akan dikenakan kepada ahli yang memohon kad baru bagi menggantikan kad yang hilang.
- Jumlah naskhah buku yang dibenarkan pinjam oleh pelajar ialah 3 naskhah dalam tempoh 14 hari dan bagi staf / pensyarah 3 naskhah maksimum 30 hari.
- Sumbangan untuk tabung Pusat Sumber atau khidmat masyarakat bagi pelajar atau staf atas kelewatan memulangkan buku .
- Pelajar dan staf boleh membuat permohonan penyambungahn tarikh pinjaman buku sehingga 14hari.
- Peminjam diminta menggantikan buku yang hilang dengan buku baru yang sama atau membayar harga buku berkenaan beserta denda kehilangan buku RM10.00 kepada Pusat Sumber.
PERATURAN PUSAT SUMBER IKMSP
- Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar / staf semasa berada di dalam pusat sumber
- Keahlian tidak boleh ditukarmilik
- Dilarang membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam pusat sumber. Sila simpan di rak penyimpanan yang disediakan.
- Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam pusat sumber. Pelajar mesti mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuatkuasakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar.
- Semua bahan yang dibawa keluar mesti ditunjukkan kepada staf pusat sumber di kaunter.
- Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan.
- Makanan ringan dan minuman ringan dibenarkan dalam kawasan yang dibenarkan sahaja ( Café Corner) pusat sumber.
- Dilarang berbuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam pusat sumber, Pengguna akan diarahkan keluar jika berbuat demikian.
- Dilarang menggunakan dan mengecas telefon bimbit semasa berada di dalam pusat sumber. Pengguna dikehendaki menukar ke mod senyap dan keluar dari pusat sumber untuk menjawab panggilan.
- Dilarang mengalih perabot atau menyalahgunakannya
- Dilarang membuang sampah di dalam atau di luar pusat sumber
- Pengguna yang hendak membuat salinan bahan hendahlah bertanggungjawab sepenuhnya perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hak Cipta 1987. ( Dilampiran )
- Kehilangan kad pelajar/pekerja atau bahan hendaklah dilaporkan segera ke kaunter perkhidmatan.
- Staf pusat sumber berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
- Pensyarah tidak dibenarkan menjadikan pusat sumber sebagai kelas kecuali menggunakan bilik No.1 (Al-Fateh), No.2(Abu-Darda') dan No.3 (Media Room Site)
- Pusat sumber berhak menambah dan meminda peraturan dari semasa kesemasa.
KESALAHAN DAN DENDA
Kesalahan | Denda |
Mencuri bahan pusat sumber | Gantung keahlian selama satu semester. |
Mengoyak bahan pusat sumber dengan sengaja | Mengganti bahan atau membayar harga bahan berserta wang proses sebanyak RM10.00 |
Menconteng bahan pusat sumber dengan sengaja | Menghantar nama ke unit HEP untuk diambil tindakan lebih keras |
Merosak atau menyalahguna kemudahan dan peralatan pusat sumber | Mengganti bahan yang sama. |
Menghilangkan bahan pusat sumber | Membayar harga bahan mengikut harga semasa |
Menggunakan kad milik orang lain. | Tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan pusat sumber. |
Mengguna telefon bimbit dalam pusat sumber | Diarah keluar dari Pusat Sumber |
Makan dan minum dalam pusat sumber | Diarah keluar dari Pusat Sumber |
Membuat bising/mengganggu ketenteraman | Diarah keluar dari pusat sumber sertamerta |
Membuat sampah | Denda |