POLISI DAN PERATURAN PSP IKM LUMUT
 
  1. Semua pengguna yang menggunakan PSP IKM Lumut perlu mematuhi peraturan perpustakaan seperti berikut:
  2. Diwajibkan memakai Kad Pelajar / Staf atau Kad Pelawat bagi pengguna luar serta berpakaian kemas di sepanjang masa berada di perpustakaan.
  3. Dilarang membawa masuk barang seperti beg, bungkusan, fail bertutup, jaket, payung, topi keledar dan senjata. Hanya kertas dan alat tulis sahaja yang dibenarkan dibawa masukkedalamperpustakaan.
  4. Tidak dibenarkan menempah tempat duduk. Semua buku dan peralatan yang ditinggalkan melebihi 15 minit di atas meja akan dipindahkan oleh kakitangan yang bertugas bagi membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
  5. Mesti berkelakuan baik dan dilarang sama sekali merokok, makan, minum, menggunakan telefon bimbit, tidur dan menganggu pengguna lain.
  6. Dilarang memindahkan bahan perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
  7. Dilarang meludah dan membuang sampah merata-rata di dalam perpustakaan.
  8. Dilarang menggunting atau memotong sebarang artikel daripada majalah, buku, jurnal, risalah atau surat khabar.
  9. Dilarang menconteng, melukis, menampalapa-apa poster dan mengubah suai kedudukan susun atur perabut dan peralatan termasuk menambah bilangan kerusi, meja dan sebagainya tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan yang bertugas.
  10. Pengguna adalah dilarang meninggalkan buku yang telah digunakan di atas meja dan buku yang telah dikeluarkan dari rak hendaklah diletakkan di atas troli yang telah disediakan.
  11. Pengguna adalah dilarang membuat bising sehingga menganggu pengguna lain.
  12. Pengguna dibenarkan membawa komputer riba (laptop) ke dalam perpustakaan.  Beg komputer hendaklah ditinggalkan di luar perpustakaan.    
  13. Semua barang kepunyaan pengguna yang ditinggalkan di luar atau dibawa masuk ke dalam perpustakaan adalah atas tanggungjawab pengguna itu sendiri. Pihak PSP IKM Lumut tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku terhadap barang tersebut.
  14. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan.
  15. Peraturan-peraturan yang telah dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa yang akan ditentukan oleh Ketua Pustakawan.