• Pusat Sumber dibuka pada setiap hari pembelajaran iaitu Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang.
• Bahan-bahan dan alatan yang dipinjam hendaklah dicatatkan dalam buku / fail "REKOD PINJAMAN"
• Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh pinjaman.
• Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asalnya.
• Jika berlaku kerosakan atau kehilangan bahan, pensyarah atau pelajar yang berkenaan perlu melaporkan pada kadar segera kepada Pegawai Pusat Sumber yang bertugas pada hari berkenaan.
• Penggunaan perpustakaan hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
• Sekiranya ingin menggunakan perpustakaan di tempoh penggunaan,pensyarah hendaklah pastikan bilik tidak digunakan oleh kelas lain dan maklumkan kepada Pegawai Pusat Sumber yang berkenaan.
• Penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran mestilah terlebih dahulu mempelajarinya dari penyelaras berkenaan.
• Pensyarah atau pelajar pastikan suis dan punca elektrik, kipas, lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum keluar dari perpustakaan.
• Pelajar tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber kecuali proses P&P yang memerlukan perbincangan.
• Beg, fail, makan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kecuali buku nota dan alat tulis.
• Kebersihan pusat sumber perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.