PERATURAN PENGGUNAAN
 
Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu.
 
PENGGUNA
 
  1. Perpustakaan IKM Besut dibuka kepada seluruh warga MARA.
  2. Perpustakaan IKM Besut juga dibuka kepada anak-anak staf yang berusia 12 tahun ke atas.
  3. Usahawan MARA serta para penyelidik boleh menggunakan kemudahan rujukan.
 
PAKAIAN
 
  1. Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan IKM Besut.  
  2. Pengguna dilarang memakai kasut atau sandal di dalam Perpustakaan IKM Besut.  
 
TINGKAH-LAKU
 
  1. Tidur dan baring di sofa, kerusi, meja dan lantai adalah dilarang.
  2. Penguna yang membuat bising, makan, minum, bermain dan berlari di dalam Perpustakaan IKM Besut akan diminta meninggalkan Perpustakaan.
 
PINJAMAN BAHAN
 
  1. Hanya pengguna yang telah berdaftar sebagai pengguna dibenarkan meminjam bahan Perpustakaan IKM Besut.
  2. Pengguna WAJIB menggunakan kad matrik pelajar / bar koduntuk staf.
  3. Pengguna boleh meminjam 2 naskah buku dalam tempoh 2 minggu pada satu-satu masa.  Pembaharuan tarikh boleh dilakukan sebanyak 2 kali (jika buku tidak ditempah oleh orang lain) dengan membawa buku ke kaunter Perpustakaan IKM Besut untuk pengemaskinian tarikh pemulangan buku.
  4. Pengguna yang menghilangkan buku perlu mengganti semula atau membayar harga buku yang dihilangkan.  Wang proses sebanyak RM1.00 dikenakan ke atas setiap naskah buku yang dihilangkan.
  5. Bahan Red Spot hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan IKM Besut sahaja.  Bahan Red Spot tidak boleh dipinjam keluar.