PERATURAN PENGGUNAAN
Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu.
PENGGUNA
- Perpustakaan IKM Besut dibuka kepada seluruh warga MARA.
- Perpustakaan IKM Besut juga dibuka kepada anak-anak staf yang berusia 12 tahun ke atas.
- Usahawan MARA serta para penyelidik boleh menggunakan kemudahan rujukan.
PAKAIAN
- Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan IKM Besut.
- Pengguna dilarang memakai kasut atau sandal di dalam Perpustakaan IKM Besut.
TINGKAH-LAKU
- Tidur dan baring di sofa, kerusi, meja dan lantai adalah dilarang.
- Penguna yang membuat bising, makan, minum, bermain dan berlari di dalam Perpustakaan IKM Besut akan diminta meninggalkan Perpustakaan.
PINJAMAN BAHAN
- Hanya pengguna yang telah berdaftar sebagai pengguna dibenarkan meminjam bahan Perpustakaan IKM Besut.
- Pengguna WAJIB menggunakan kad matrik pelajar / bar koduntuk staf.
- Pengguna boleh meminjam 2 naskah buku dalam tempoh 2 minggu pada satu-satu masa. Pembaharuan tarikh boleh dilakukan sebanyak 2 kali (jika buku tidak ditempah oleh orang lain) dengan membawa buku ke kaunter Perpustakaan IKM Besut untuk pengemaskinian tarikh pemulangan buku.
- Pengguna yang menghilangkan buku perlu mengganti semula atau membayar harga buku yang dihilangkan. Wang proses sebanyak RM1.00 dikenakan ke atas setiap naskah buku yang dihilangkan.
- Bahan Red Spot hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan IKM Besut sahaja. Bahan Red Spot tidak boleh dipinjam keluar.