PUSAT SUMBER ILMU MRSM TUN GHAFAR BABA
**************************************************************
 
PERATURAN AM
 
  1. Setiap warga MRSM TGB adalah ahli PSI.
  2. Pelajar WAJIB mempamerkan KAD MATRIK semasa masuk dan sentiasa memakainya sepanjang berada di dalam PSI.
  3. Penggunaan Kad Matrik Pelajar lain adalah kesalahan besar di PSI yang boleh menyebabkan kedua-duanya dilarang untuk memasuki PSI.
  4. Pelajar perlu berpakaian seragam Maktab. Pemakaian seluar Track Suit adalah DILARANG di dalam PSI.
  5. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk DUA buah buku sendiri beserta alatulis sahaja. Barangan lain perlulah disimpan di rak yang disediakan di luar PSI.
  6. Pelajar diminta untuk mendaftar dan menyerahkan Kad Matrik di Kaunter sebelum menggunakan Komputer di Open Lab. 
  7. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik APD dan Makmal Bitara tanpa kehadiran guru.
  8. Dilarang memakai kasut di dalam PSI. Pengguna PSI diminta untuk menyusun kasut di rak yang disediakan di luar PSI.
  9. Pengguna PSI dibenarkan menonton TV/ASTRO di hadapan Kaunter.
  10. Pengguna diminta untuk mendaftar di Kaunter sebelum menggunakan Bilik Rujukan. Tidak dibenarkan membawa buku ke dalam bilik rujukan.
  11. Pengguna PSI akan diperiksa oleh petugas PSI ketika masuk dan keluar.
  12. Bahan bacaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di troli yang telah disediakan.
  13. Dilarang mengoyak, menconteng, menyalahguna dan mencuri harta maktab.
  14. Tidak dibenarkan mengambil terlalu banyak bahan bacaan dalam satu masa.
  15. Tidak dibenarkan mengubah kedudukan harta di dalam PSI atau mengubah tempat asal bahan bacaaan.
  16. Suratkhabar hendaklah dibaca di ruang yang telah ditetapkan iaitu di sofa yang disediakan.
  17. Dilarang makan, minum, baring dan tidur didalam PSI.
  18. Sentiasa berkelakuan sopan dan berbudi bahasa.