KOMPUTER
Komputer dalam bilik IMAC mempunyai 26 buah , Ruangan PSP23 buah dan di dalam kaunter PSP 2 buah yang dilengkapi dengan kemudahan INTERNET. Pengguna (Pelajar) boleh menggunakan komputer dengan membuat tempahan di kaunter. Peraturan adalah seperti berikut:
  1. Serah kad matrik pengguna di kaunter dan staf PSP akan menulis nama di dalam buku tempahan.
  2. Pengguna akan diberi kad komputer mengikut nombor tertentu. Pengguna mesti menggunakan komputer yang tertera nombor yang sama dengan kad.
  3. Pengguna juga mesti merekod nama di buku log yang diletakkan di dalam meja komputer.
  4. Selesai penggunaan, pengguna dikehendaki menyusun kerusi dengan kemas dan kad komputer hendaklah diserahkan semula ke kaunter. Staf PSP akan memulangkan semula kad matrik pelajar.
  5. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kad matrik orang lain.
 MESIN CETAKAN (PRINTER) DAN MESIN PENGIMBAS (SCANNER)
  • Mesin mencetak (printer) dan mesin pengimbas juga disediakan di PSP.Pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran tetapi dikehendaki membawa kertas sendiri.
 BILIK ANJUNG BITARA (MAKMAL KOMPUTER)
  • Bilik Anjung Bitara (Makmal Komputer) yang terdapat di PSP mengandungi 26 buah komputer untuk pelajar. Penggunaan bilik ini hanya untuk kelas sahaja.
 PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK ANJUNG BITARA (MAKMAL KOMPUTER)
  1. Tempahan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat melalui Penolong Pegawai Sistem Maklumat atas dasar (‘first come first serve).
  2. Tempahan akan direkodkan dalam buku tempahan.
  3. Guru mesti ada bersama pelajar jika menggunakan bilik ini.
 SANGGAR BESTARI
  • Bilik sanggar merupakan satu bilik kerja guru.Di dalam bilik ini terdapat 4 buah komputer untuk guru membuat kerja-kerja mereka.Bilik ini boleh digunakan di luar waktu pejabat dengan mengambil kunci di pondok pengawal.Pengguna dikehendaki merekod pengambilan dan pemulangan kunci di buku rekod keluar masuk kunci.