• Semua pertanyaan, cadangan, aduan dan keperluan maklumat akan diberikan maklum balas dalam tempoh tidak melebihi 24 jam. 
  • Menjalankan sekurang-kurangnya satu soal selidik setiap tahun bagi penambahbaikan perkhidmatan.
  • Melayani permohonan lawatan berpandu sekurang-kurangnya sekali untuk sebuah institusi.
  • Semua inventori dan aset perpustakaan direkod dan diselenggara dengan baik.
  • Proses pinjaman dan pemulangan buku serta tempahan kemudahan diselesaikan dalam masa tidak melebihi lima minit.
  • Semua buku baru selesai diproses dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja selepas penerimaan.
  • Maklumat di portal perpustakaan adalah terkini.