Perpustakaan Kolej MARA Seremban menyediakan perkhidmatan yang meluas merangkumi perkhidmatan dan fasiliti.

Bahan-bahan bacaan khususnya untuk kegunaan pelajar-pelajar program IB dan A-Level disediakan di sini meliputi keluaran edisi terbaharu bagi memastikan para pengguna iaitu para pelajar khususnya mendapat manfaat.

Perpustakaan juga turut digunakan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu dimana terdapat 3 projektor untuk kegunaan presentation yang biasanya digunakan untuk skala yang besar dan juga ruang perbincangan yang lebih kecil untuk kumpulan yang kecil.

Terdapat juga bilik temuduga pelajar yang sering digunakan oleh wakil-wakil universiti tempatan dan luar negara untuk menemuramah pelajar-pelajar KMS yang berminat untuk mendapat tempat di universiti mereka. 

Galeri yang menempatkan hadiah-hadiah dari organisasi atau institusi luar juga terdapat di dalam Perpustakaan KMS iaitu selepas pintu masuk utama ke perpustakaan. Idea untuk mewujudkan galeri ini tercetus daripada Pengarah Kolej MARA Seremban iaitu Dr. Syed Anwar Aly Mohamed Abu Bakar.