POLISI DAN PERATURAN PERPUSTAKAAN KMS
- Pengguna hendaklah memakai Kad Matrik / Kad Staf KMS semasa berada di dalam perpustakaan. Kehilangan kad perpustakaan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pustakawan / kaunter perpustakaan. Kegagalan melaporkan kehilangan kad akan menyebabkan pengguna dipertanggungjawabkan ke atas pinjaman bahan yang dilakukan oleh pengguna lain.
- Pengguna hendaklah mematuhi peraturan menghormati privasi di perpustakaan.
- Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa berada di perpustakaan. Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang tidak berpakaian kemas dan sopan supaya meninggalkan perpustakaan.
- Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan.
- Pengguna dilarang membawa masuk beg, payung, baju hujan dan bungkusan ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut boleh disimpan dalam rak beg yang disediakan di luar perpustakaan.
- Pengguna dinasihatkan mengaktifkan "silent mode" telefon bimbit di dalam perpustakaan.
- Pengguna dilarang mengalih perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya.
- Pengguna dilarang mengotor, mengoyak atau merosakkan bahan perpustakaan.
- Pengguna dilarang membawa bahan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa dipinjam secara sah sama ada di Kaunter Perkhidmatan.
- Pengguna dilarang menayangkan bahan audio-visual milik sendiri di Bilik Penyelidikan / Tayangan tanpa kebenaran Staf Perpustakaan yang bertugas.
- Pengguna dilarang merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan.
- Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.
- Pengguna dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan.
- Pengguna yang membuat salinan fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta 1987 (Akta 332).
- Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang kelakuan atau tindakannya boleh ditafsirkan sebagai mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan supaya meninggalkan perpustakaan.
- Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang hendak dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan.
- Pengguna yang akan bercuti belajar atau bercuti hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.
- Pengguna yang menangguhkan, menarik diri, berhenti atau telah menamatkan pengajian dari kolej hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.
- Pengguna yang gagal mematuhi peraturan, akan menghadapi tindakan berikut:
- Diarahkan keluar dari bangunan perpustakaan.
- Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan perkhidmatan / kemudahan perpustakaan.
- Digantung kelayakan meminjam bahan perpustakaan.
- Dirujuk kepada Unit Disiplin & Tatatertib Pelajar / Pejabat HEP.
- Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.