1. Para pelajar harus mendaftar keahlian Pusat Sumber Pembelajaran dengan Perpustakaan Kolej MARA Seremban.
2. Penggunaan fasiliti perlu mendapat kebenaran Pustakawan dan dikawalselia oleh Pensyarah atau Staf Perpustakaan (tertakluk pada kegunaan dari semasa ke semasa).
3. Pelajar wajib mengisi borang maklumat penggunaan sebagai rekod rujukan sekiranya berlaku sebarang keadaan atau keperluan maklumat penggunaan perpustakaan.
4. Sebarang kerosakan peralatan atau kemudahan perpustakaan yang DISENGAJAKAN akan dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej MARA Seremban serta bayaran gantirugi mengikut harga semasa peralatan tersebut dengan nilai Ringgit Malaysia (RM).
5. Kehilangan peralatan perlulah dimaklumkan segera sebelum penggunaan kemudahan atau peralatan supaya dapat direkod dan tindakan awal daripada pihak perpustakaan.
6. Sebelum meninggalkan tempat atau kemudahan yang digunakan, para pelajar perlu memastikan peralatan kemudahan tersusun semula dan berada dalam keadaan selamat untuk penggunaan pengguna lain.
- Rangkaian Internet dan Jalur Lebar
- Mesin Cetakan
- Ruang Belajar Individu dan Kelompok
- Rak Menyimpan Barang
- Ruangan Majalah dan Bahan Rujukan
- Bilik Rujukan Khas (Red Spot)
- Penghawa Dingin
- Sofa Perbincangan Santai
- Bilik Mesyuarat dan Perbincangan