Piagam Pelanggan

Perpustakaan Kolej MARA Seremban

Kolej MARA Seremban

 

 

Kami menyedari bahawa Perpustakaan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Kolej MARA Seremban. Justeru itu, Perpustakaan Kolej MARA Seremban beriltizam dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna berlandaskan perkara-perkara berikut :

Ø Memberikan perkhidmatan sirkulasi iaitu pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi dalam tempoh 1 minit.

Ø Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.

Ø Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pengguna.

Ø Memastikan susunatur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali.

 

Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan kepada pelanggan.