Peraturan-peraturan Pusat Sumber Pembelajaran KMK :
 
  1. Pelajar di kehendaki mempamerkan Kad Matrik mereka sepanjang berada di Perpustakaan dan semua urusan perlu menggunakan Kad Matrik.
  2. Untuk menjaga ketenteraman PSP dan melicinkan lagi pentadbirannya pengguna-pengguna diminta memberi perhatian dan mematuhi peraturan PSP. Perkara-perkara utama dari peraturan ini ialah seperti :
  • BERCAKAP
Untuk menjaga kepentingan pengguna yang lain di harap jangan bercakap dan membuat bising di dalam PSP.
  • MAKAN DAN MINUM
Tidak di benarkan membawa masuk makanan dan minuman ke dalam PSP.
  • PERABUT
Semua jenis perabut telah sedia teratur. Pengguna dilarang mengalih-alih perabut tersebut atau menyalah gunakannya. Pengguna tidak di benarkan menempah kerusi.
  • SAMPAH
Kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang telah disediakan.
  • BUKU-BUKU
Pengguna tidak dibenarkan menyembunyikan buku. Buku yang telah di pulangkan hendaklah diletakkan di atas troli yang telah disediakan.
  • BARANG-BARANG
Tinggalkan semua beg, buku, paying, fail dan sebagainya di tempat yang disediakan berhampiran dengan pintu masuk PSP. Padamkan telefon bimbit ketika berada di dalam PSP.
  • PAKAIAN
Pengguna-pengguna PSP diwajibkan memakai pakaian yang kemas. Dilarang memakai seluar jeans dan kemeja T tanpa kolar semasa masuk ke dalam PSP. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai seluar panjang termasuk jenis jeans (Jeans Pants) atau sebagainya (sila rujuk peraturan pakaian kolej)
 
    4. Kakitangan PSP mempunyai hak untuk meminta pengguna yang melanggar peraturan PSP keluar daripada PSP dengan kadar segera.
 
  5. Semua kes tata tertib dirujuk Jawatankuasa Tatatertib Kolej. Sebagai tindakan sementara, PSP akan menggantung semua kemudahan pengguna tersebut.