Pusat sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para pelajar dan juga guru-guru Kolej MARA Kulim (KMK). Menggunakan slogan Piagam pelanggan KMK iaitu "Penjana Keunggulan Pendidikan", Pusat Sumber KMK menyediakan perkhidmatan dan kualiti yang baik kepada pelanggan kami seperti di bawah :
Kami berjanji dan cuba untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami dengan:
- Memberi perkhidmatan yang terbaik dan kemudahan yang baik kepada semua pelanggan.
- Memastikan prasarana akademik mencukupi dan berada dalam keadaan yang sempurna.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
- Memberi perkhidmatan dalam penyampaian maklumat dan kualiti dalam menyediakan perkhidmatan yang baik daripada semua sumber perpustakaan.
- Untuk menggalakan pelanggan untuk member cadangan mereka untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan kami dan memberikan idea berdasarkan keserasian organisasi kami.
- Memberi kemudahan ruang dalam kondusif dan selesa bagi pelanggan untuk mengkaji dan rekreasi. Selesa bagi pelanggan untuk mengkaji dan rekreasi.