Visi

Menjadikan Perpustakaaan KKTM Lenggong, Perak bertaraf global sebagai pemangkin pendidikan dan kecemerlangan kolej dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan sepanjang hayat yang boleh dicapai secara fizikal dan selari dengan perkembangan teknologi.

Misi

Mengoptimumkan perkhidmatan perpustakaan melalui pengurusan sumber dan ilmu seiring dengan teknologi terkini bagi membantu proses pembelajaran dan penyelidikan dengan perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang kondusif dan mesra untuk seluruh warga KKTM Lenggong, Perak.

Objektif

Selaras dengan motto KKTM Lenggong iaitu "Segar, Sihat, Selamat", Objektif Perpustakaan adalah untuk membantu aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di kolej iaitu:

  • Membangunkan koleksi yang menyeluruh dan mantap.
  • Menyediakan kemudahan dan prasarana ICT yang lengkap.
  • Mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan ceria.
  • Menyediakan kakitangan yang terlatih, cekap dan mesra pelanggan.
  • Memupuk warga KKTM Lenggong yang berilmu, bermaklumat serta berbudaya membaca melalui pelbagai aktiviti serta program kemahiran maklumat.