1. Para pelajar harus mendaftar keahlian pusat sumber pembelajaran dengan Perpustakaan KKTM Lenggong.
 
2. Peminjaman maksimum bahan rujukan adalah sebanyak 2 buah buku dalam suatu masa (tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa).
 
3. Pelajar wajib memulangkan bahan rujukan dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 2 minggu mula dari tarikh pinjaman.
 
4. Sebarang kelewatan pemulangan buku akan dikenakan denda sebanyak RM 0.20 (Ringgit Malaysia dua puluh sen sahaja) bagi setiap buku.
 
1 hari : 1 buku = RM 0.20
Kiraan denda :
(Bil. buku  x  RM0.20) x  Bil. hari lewat = Jumlah bayaran denda dikenakan (RM)
 
 
5. Kehilangan bahan rujukan yang dipinjam adalah di bawah tanggungjawab peminjam itu sendiri, bayaran yang dikenakan sekiranya hilang adalah dua kali ganda harga buku tersebut mengikut harga semasa.
 
6. Jika bahan rujukan dikembalikan dalam keadaan yang rosak atau seumpanya, pelajar akan dikenakan denda bayaran bagi baikpulih bahan rujukan tersebut.