1. Pengguna hendaklah memakai Kad Matrik / Kad Staf KKTM semasa berada di dalam perpustakaan. Kehilangan kad perpustakaan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pustakawan / kaunter perpustakaan. Kegagalan melaporkan kehilangan kad akan menyebabkan pengguna dipertanggungjawabkan ke atas pinjaman bahan yang dilakukan oleh pengguna lain.
  2. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan menghormati privasi di perpustakaan.
  3. Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa berada di perpustakaan. Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang tidak berpakaian kemas dan sopan supaya meninggalkan perpustakaan.
  4. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan.
  5. Pengguna dilarang membawa masuk beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut boleh disimpan dalam loker berkunci di pintu masuk perpustakaan.
  6. Pengguna dinasihatkan mengaktifkan "silent mode" telefon bimbit di dalam perpustakaan.
  7. Pengguna dilarang mengalih perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya.
  8. Pengguna dilarang mengotor, mengoyak atau merosakkan bahan perpustakaan.
  9. Pengguna dilarang membawa bahan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa dipinjam secara sah sama ada di Kaunter Perkhidmatan.
  10. Pengguna dilarang menayangkan bahan audio-visual milik sendiri di Bilik Penyelidikan / Tayangan tanpa kebenaran Staf Perpustakaan yang bertugas.
  11. Pengguna dilarang merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan.
  12. Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.
  13. Pengguna dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan.
  14. Pengguna yang membuat salinan fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta 1987 (Akta 332).
  15. Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang kelakuan atau tindakannya boleh ditafsirkan sebagai mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan supaya meninggalkan perpustakaan.
  16. Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang hendak dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan.
  17. Pengguna yang akan bercuti belajar atau bercuti hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.
  18. Pengguna yang menangguhkan, menarik diri, berhenti atau telah menamatkan pengajian di universiti hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.
  19. Pengguna yang gagal mematuhi peraturan, akan menghadapi tindakan berikut: 
    • Diarahkan keluar dari bangunan perpustakaan.
    • Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan perkhidmatan / kemudahan perpustakaan.
    • Digantung kelayakan meminjam bahan perpustakaan.
    • Dirujuk kepada Unit Disiplin & Tatatertib Pelajar / Pejabat HEP.
  20. Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.