PENGENALAN

Perpustakaan KKTM Kuantan mula dibuka pada tahun 2009. Keluasan bangunan sebanyak 2 tingkat menempatkan pelbagai koleksi bahan bercetak, audio-visual, serta pelbagai kemudahan dan perkhidmatan tersedia untuk para pengguna.

Ia diteraju oleh seorang Pegawai Perpustakaan iaitu Pn Siti Mahani bt Mahmud dan dibantu oleh Pn Zarina bt Ibrahim.

Selaras dengan penubuhan KKTM Kuantan sebagai kolej berteraskan kejuruteraan dan teknologi, pembangunan koleksi serta kemudahan lain akan dipergiatkan dari semasa ke semasa

VISI

  • Menjadi pusat maklumat untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan ke arah membentuk warga kolej yang berbudaya membaca dan berilmu

 

MISI

  • Membantu menyediakan persekitaran yang kondusif dengan memastikan penggunaan sumber yang efisien bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kepada warga kolej 

 

OBJEKTIF

  • Memperoleh, mengumpul, memproses, dan memelihara bahan sumber ilmu seiring dengan mutu perkhidmatan yang cekap

 

MOTTO

"Ilmu Pemangkin Generasi Berwawasan"

 

PIAGAM PELANGGAN

1. Menyediakan layanan mesra, cepat dan tepat

2. Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan selesai dalam tempoh 1 minit

3. Menyediakan persekitaran yang selesa dan ceria

4. Memastikan perkhidmatan diberikan memenuhi keperluan pelanggan berlandaskan prosedur sedia ada