• Pelajar pada bila-bila masa (tiada latihan atau bengkel) dibenarkan menggunakan kemudahan perpustakaan sama ada untuk membuat rujukan atau meminjam buku (bagi ahli) pada waktu perpustakaan dibuka.
  • Pelajar dimestikan memakai pakaian seragam IKM untuk berada di perpustakaan dan pemakaian baju bengkel, seliper, topi dan sebagainya tidak dibenarkan samasekali.
  • Hanya buku nota dan alatulis sahaja dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan. Bag, fail dan buku teks persendirian tidak dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan.
  • Pelajar dikehendaki berkelakuan tertib/sopan, tidak membuat bising, tidak makan dan tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
  • Membawa dan memindahkan buku-buku perpustakaan dari aras atau satu lokasi yang lain adalah ditegah.
  • Sebarang pertanyaan untuk menjadi ahli atau peraturan pinjaman buku hendaklah dirujuk kepada Pembantu Tadbir (Perpustakaan).