Pusat Sumber dibuka pada setiap hari pembelajaran iaitu Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang. 
 
Bahan-bahan dan alatan yang dipinjam hendaklah dicatatkan dalam buku / fail "REKOD PINJAMAN"
 
Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh pinjaman.
 
Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asalnya.
 
Jika berlaku kerosakan atau kehilangan bahan, pensyarah atau pelajar yang berkenaan perlu melaporkan pada kadar segera kepada Pegawai Pusat Sumber yang bertugas pada hari berkenaan.
 
Penggunaan perpustakaan hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
 
Sekiranya ingin menggunakan perpustakaan di tempoh penggunaan,pensyarah hendaklah pastikan bilik tidak digunakan oleh kelas lain dan maklumkan kepada Pegawai Pusat Sumber yang berkenaan.
 
Penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran mestilah terlebih dahulu mempelajarinya dari penyelaras berkenaan.
 
Pensyarah atau pelajar pastikan suis dan punca elektrik, kipas, lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum keluar dari perpustakaan.
 
Pelajar tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber kecuali proses P&P yang memerlukan perbincangan.
 
Beg, fail, makan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kecuali buku nota dan alat tulis.
 
Kebersihan pusat sumber perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.