Dengan penuh rasa bertanggungjawab kami beriltizam untuk :
 
1. Menyediakan perkhidmatan pusat sumber dan maklumat yang berkualiti, tepat, efisien, mesra dan terkini.
 
2. Memastikan pelanggan diberi layanan terbaik dalam proses pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan.
 
3. Membangun, memantap dan menguruskan koleksi pusat sumber yang menepati akademik dari masa ke semasa.
 
4. Memaklumkan status pesanan bahan rujukan yang telah dicadangkan kepada pelanggan.
 
5. Menyusun koleksi pusat sumber secara sistematik 1 kali sehari bagi memudahkan pengguna mengakses bahan.
 
6. Membantu pengguna mendapatkan bahan yang tiada dalam koleksi pusat sumber melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dan pembelian bahan baru.
 
7. Menyediakan persekitaran pusat sumber yang kondusif dan kemudahan terbaik untuk kepuasan pelanggan.
 
8. Komited dan positif terhadap sebarang usaha yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan perkhidmatan pusat sumber.