- Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/ kad staf semasa masuk dan berada dalam perpustakaan.
- Pengguna mesti mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh IKMKK.
- Pengguna dibenarkan membawa buku, nota alat tulis, komputer riba, dan bahan bacaan ke dalam perpustakaan. Barang-barang lain disimpan di loker yang telah disediakan.
- Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan barang-barang persendirian semasa berada didalam perpustakaan.
- Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan.
- Pelajar yang telah tamat pengajian dan masih berhutang dengan perpustakaan tidak dibenarkan mengambil sijil dan transkrip dari bahagian Unit Penilaian dan Persijilan (UPP).
- Larangan semasa berada di perpustakaan :
- Membawa keluar bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang sah.
- Membuat bising / menggangu pengguna lain.
- Makan dan merokok.
- Menconteng / mengoyak / merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan.
- Mencuri harta benda perpustakaan.
- Tidur.
- Berkelakuan tidak senonoh.