1. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/ kad staf semasa masuk dan berada dalam perpustakaan.
  2. Pengguna mesti mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh IKMKK.
  3. Pengguna dibenarkan membawa buku, nota alat tulis, komputer riba, dan bahan bacaan ke dalam perpustakaan. Barang-barang lain disimpan di loker yang telah disediakan.
  4. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan barang-barang persendirian semasa berada didalam perpustakaan.
  5. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan.
  6. Pelajar yang telah tamat pengajian dan masih berhutang dengan perpustakaan tidak dibenarkan mengambil sijil dan transkrip dari bahagian Unit Penilaian dan Persijilan (UPP).
  7. Larangan semasa berada di perpustakaan :
  • Membawa keluar bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang sah.
  • Membuat bising / menggangu pengguna lain.
  • Makan dan merokok.
  • Menconteng / mengoyak / merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan.
  • Mencuri harta benda perpustakaan.
  • Tidur.
  • Berkelakuan tidak senonoh.