- Memperoleh dan membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti bertepatan dengan keperluan akademik semasa dan akan datang.
- Menyediakan perkhidmatan maklumat yang lengkap, tersusun dan terkini dalam persekitaran yang kondusif dan tenang.
- Mewujudkan prasarana dan persekitaran fizikal yang berkualiti dan teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi memenuhi urusan keilmuan pembelajaran sepanjang hayat.
- Mendokumentasi dan menyelenggara sumber maklumat keperluan pengajaran dan pembelajaran.