Dengan penuh rasa bertanggungjawab kami beriltizam untuk :
- Menyediakan perkhidmatan Perpustakaan dan maklumat yang berkualiti, tepat, efisien, mesra dan terkini.
- Memastikan pelanggan diberi layanan terbaik dalam proses pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan.
- Membangun, memantap dan menguruskan koleksi perpustakaan yang menepati akademik semasa.
- Memaklumkan status pesanan bahan rujukan yang telah dicadangkan kepada pelanggan.
- Menyusun koleksi perpustakaan secara sistematik 2 kali sehari bagi memudahkan pengguna mengakses bahan.
- Membantu pengguna mendapatkan bahan yang tiada dalam koleksi perpustakaan melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dan pembelian bahan baru.
- Menyediakan persekitaran perpustakaan yang kondusif dah kemudahan terbaik untuk kepuasan pelanggan.
- Komited dan positif terhadap sebarang usaha yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.