1. Para pelajar hendaklah berpakaian kemas, bertanda nama dan tidak dibenarkan memakai Pakaian Bengkel.

  2. Penggunaan telefon bimbit semasa berada di dalam perpustakaan adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran.

  3. Para pelajar tidak dibenarkan makan atau membawa makanan masuk ke dalam perpustakaan

  4. Para pelajar juga dilarang membawa beg masuk ke dalam perpustakaan.  Beg perlu diletakkan di ruangan yang telah disediakan.

  5. Waktu keluar masuk para pelajar dan pengajar hendaklah direkod di dalam komputer yang telah disediakan.

  6. Penggunaan kemudahan perpustakaan seperti menggunakan televisyen, bilik bincang dan kemudahan internet perlu direkod dan dimaklumkan kepada pagawai bertugas.

  7. Dilarang sama sekali tidur atau membuat bising.  Tindakan ke atas pelajar boleh dikenakan.