Kakitangan Perpustakaan Institut Kemahiran MARA Johor Bahru berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta bersedia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan melalui perkhidmatan yang berkualiti dan peka kepada keperluan dan kepuasan pelanggan seperti berikut:
 
  • Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi dalam tempoh 3 minit.
  • Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  • Memastikan susunatur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan  kembali.
  • Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.