Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :-
 
KAUNTER PENGURUSAN
  • Kaunter pengurusan disediakan bagi sebarang perkhidmatan pertanyaan dan pinjaman/pemulangan buku oleh pelajar
 
PERKHIDMATAN PINJAMAN 
  • Hanya ahli perpustakaan sahaja layak mendapat kemudahan pinjaman buku.Pinjaman buku adalah tertakluk kepada kategori pendaftaran ahli.
 
PERKHIDMATAN RUJUKAN 
  • Perpustakaan menyediakan bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, tesis, keratin akhbar, dan lain-lain bahan meliputi semua bidang perkara.
 
BILIK KOMPUTER 
  • Perpustakaan mempunyai 9 bilik yang menyediakan komputer dengan kemudahan internet untuk kegunaan pelajar serta warga kerja IKM Johor Bahru.
 
BILIK PERBINCANGAN 
  • Perpustakaan menyediakan 2 bilik bincang utama yang boleh memuatkan 16 orang pelajar dalam satu bilik pada satu-satu masa, dan 6 bilik bincang yang boleh memuatkan 2-3 orang pelajar bagi satu-satu masa.
 
PERKHIDMATAN WI-FI
  • Perpustakaan menyediakan akses kepada ‘internet tanpa wayar' atau Wi-Fi- kepada pengguna yang menggunakan komputer riba atau perkakasan yang boleh mengakses isyarat Wi-Fi. 
 
BILIK TAYANGAN YANG MEMPUNYAI SMART TV DAN CD PLAYER
  • Bilik tayangan ini menyerupai studio kecil atau panggung mini yang mempunyai kemudahakan Smart TV dan CD player sesuai untuk tayangan video dan sebagainya.Penggunaan adalah sepanjang masa namun sentiasa dipantau mengikut keperluan dan keadaan semasa.
 
RUANG SANTAI 
  • Ruang ini sesuai dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti perbincangan dan juga aktiviti perpustakaan bersama pengguna. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan kemudahan seperti menonton televisyen, membaca surat khabar, majalah dan bacaan ringan. Ruang ini turut dilengkapi dengan kemudahan wi-fi.