Perpustakaan Institut Kemahiran MARA Johor Bahru terletak di Tingkat 3 Bangunan Integrasi IKM Johor Bahru.Ia telah ditubuhkan pada tahun penubuhan Institut Kemahiran MARA Johor Bahru iaitu pada tahun 1973. Perpustakaan IKM Johor Bahru menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan. Perkhidmatan ini ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.
 
PERKHIDMATAN AKHBAR 
Perpustakaan melanggani akhbar-akhbar utama dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iaitu :-
  • Akhbar Utusan 
  • Berita Harian 
  • New Straits Time
 
PERKHIDMATAN AKHBAR DIGITAL UTUSAN MALAYSIA
  • Perpustakaan menyediakan perkhidmatan akhbar digital yang boleh dibaca melalui komputer-komputer yang disediakan.
 
 
LANGGANAN MAJALAH-MAJALAH
Perpustakaan melanggani majalah-majalah merangkumi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang berbentuk :-
  • Fiksyen 
  • Perniagaan 
  • Agama
  • Akademik 
  • Gaya Hidup & Kesihatan 
  • Keluarga 
  • Motivasi
  • Teknologi dan lain-lain 
 
 
KOLEKSI BACAAN BEBAS 
  • Perpustakaan menyediakan koleksi Novel dan bacaan ringan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.Seorang pengguna boleh meminjam dua buku selama satu minggu.
 
 
KOLEKSI THESIS
  • Koleksi ini tidak boleh di pinjam keluar. Ianya hanya untuk rujukan dalaman sahaja dan tidak boleh fotokopi.
 
KOLEKSI MEDIA 
  • Bahan berbentuk Audio-Visual yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan
 
KOLEKSI CONTOH KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN 
  • Perpustakaan menyediakan koleksi bagi kertas-kertas soalan yang lepas bagi rujukan pelajar.