Dengan penuh rasa bertanggungjawab kami beriltizam untuk :
 
1. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang berkualiti, tepat, efisien, mesra dan terkini.
 
2. Memastikan pelanggan diberi layanan terbaik dalam proses pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan.
 
3. Membangun, memantap dan menguruskan koleksi perpustakan yang menepati akademik semasa.
 
4. Memaklumkan status pesanan bahan rujukan yang telah dicadangkan kepada pelanggan.
 
5. Menyusun koleksi perpustakaan secara sistematik 2 kali sehari bagi memudahkan pengguna mengakses bahan.
 
6. Membantu pengguna mendapatkan bahan yang tiada dalam koleksi perpustakaan melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dan pembelian bahan baru.
 
7. Menyediakan persekitaran perpustakaan yang kondusif dan kemudahan terbaik untuk kepuasan pelanggan.
 
8. Komited dan positif terhadap sebarang usaha yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan